Useful Tips

4 kerja renovation yang perlu buat pada rumah pintar baru sebelum pindah masuk

  1. Pasangkan Ethernet cable - Ini adalah paling penting sebab wire adalah lebih stabil daripada wireless dan ia boleh mengurangkan kesesakan network WiFi korang. Jadi pasang siap-siap Ethernet cable untuk setiap CCTV, video doorbell, TV, komputer, network switch dan mesh wifi access point. Kemudian, pasangkan sekurang-kurangnya 2 port Ethernet cable dalam setiap bilik sebagai spare. Dan ingat, hanya guna cable rating CAT5E dan ke atas sahaja.
  2. Tarik wire neutral ke setiap switch dinding lampu. Smart switch yang menggunakan wire neutral ada banyak kelebihan. Contohnya, smart switch jenis ZigBee yang menggunakan wire neutral boleh jadi router untuk network ZigBee, dan network ZigBee korang akan menjadi lebih stabil dan luas.
  3. Pasangkan plug dinding di tepi jendela tingkap untuk motor langsir.
  4. Ratakan lantai korang. Kenapa? Sebab robot vacuum masih tak ada kaki. Jadi, pastikan lantai korang rata supaya robot vacuum boleh cover seluruh lantai.

Itu sahaja untuk hari ini. Kalau korang rasa ada apa-apa tips yang tertinggal, sila tambahkan di dalam ruang komen.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Smarter Home (@smarterhomemy)


Comments